Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang stabil dari segi kebijaksanaan dan mempunyai kelayakan yang mencukupi dari segi pencapaian IQ Test untuk diiktiraf sebagai kanak-kanak berbakat.Bakat yang dimiliki oleh mereka yang pintar cerdas ini perlulah diperkembangkan supaya ianya tidak dipersia-siakan. Negara memerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaan ilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Islamic Widget

Tuesday, March 29, 2011

Keperibadian dan Gaya belajar kognitif Kanak-kanak Pintar

     Selama lebih 40 tahun, para neyelidik telah mempelajari ciri-ciri keperibadian dan gaya belajar kognitif intelek berbakat dan berbakat akademik pelajar yang membezakan mereka dari masyarakat umum. Dalam artikel ini kajian ini adalah penting kerana beberapa sifat ini telah terbukti mempunyai kaitan dengan tahap pencapaian yang tinggi, perbezaan gender dalam matematikdan kemampuan ilmu pengetahuan dan prestasi bahkan penyesuaian sosial emosional jangka panjang.
     Gaya pembelajaran kognitif ditakrifkan sebagai konsisten dalam cara yang unik seseorang pelajar dan cara memproses maklumat telah bayak dibahaskan dan diteliti dalam usaha untuk memahami apakah kanak-kanak ini berbeza dengan kanak yang lain. Banyak kajian dan penulisan telah dibuat untuk mengetahui keperluan gaya belajar dengan persekitaran dan gaya pengajaran dapat disesuaikan kemampuan pelajar belajar dengan kaedah masing-masing yang mempunyai keyakinan akan mendorong meningkatkan pembelajaran mereka. Para penyelidik di John Hopkins University Center for Talented Youth telah mempelajari keperibadian dan gaya belajar kognitif pelajar pintar dalam akademik sejak tahun 1983 dan telah mengumpul beberapa maklumat. Ia banyak menggunakan teori yang dibuat oleh Myers Briggs iaitu MBTI terutamanya keperibadian dan gaya belajar seseorang kanak-kanak. Terdapat 4 artikel yang boleh dikatakan menarik perhatian umum. Artikel pertama ialah Keperibadian gaya belajar dan kognitif watak profail pelajar berbakat matematik oleh Mills (1993).Artikel Kedua adalah Psikologi kognitif bakat remaja dari Ireland dan Amerika Syarikat - sosial perbandingan Cross oleh Mills dan Parker (1998). Artikel Ketiga Ialah Psikologi Jenis dan gaya kognitif -Umur Siswa berbakat ;perbandingan usia dan jenis jantina oleh Mills,Moore dan Parker (1996).Dan yang terakhir dalam siri ini adalah Gender dalam prestasi Matematik/Sains : Ketinggian Variable kepribadian oleh Mills (1997). Semua artikel ini hanya merupakan contoh kerja yang dilakukan untuk mengetahui dan mengenalpasti ciri-ciri keperibadian dan gaya kognitif pelajar keseluruhannya dari segi pembelajaran dan perbezaan antara mereka. Ini bukanlah bererti semua pelajar berbakat mempunyai keperibadian dan gaya belajar yang sama. Keputusan kajian ini mungkin dapat membantu ibubapa,guru,kaunselor dan profeessional yang lain untuk memahami kanak-kanak berbakat dan menentukan hala tuju mereka.

No comments:

Post a Comment