Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang stabil dari segi kebijaksanaan dan mempunyai kelayakan yang mencukupi dari segi pencapaian IQ Test untuk diiktiraf sebagai kanak-kanak berbakat.Bakat yang dimiliki oleh mereka yang pintar cerdas ini perlulah diperkembangkan supaya ianya tidak dipersia-siakan. Negara memerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaan ilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Islamic Widget

Tuesday, March 29, 2011

6 Jenis keperibadian anak berbakat

     Dalam artikel ini membincangkan tentang jenis-jenis keperibadian anak-anak pintar cerdas. Pada tahun 1988, George Betts dan Maureen Neihart telah mengenalpasti 6 jenis keperibadian anak-anak berbakat. Ia telah mengkelaskan kepada tingkahlaku,perasaan dan keperluan khusus untuk kanak-kanak berbakat.Mereka ini perlu diamati, difahami dan ditangani olej ibubapa agar anak akan dapat memperkembangkan bakat dan potensi mereka sepenuhnya.
     Jenis keperibadian yang pertama ialah Kecemerlangan anak berbakat. Anak-anak ini biasanya berjaya dalam akademik dan dikenalpasti berjaya disekolah mereka. Masalahnya mereka mudah berasa bosan kerana terpaksa belajar yang mereka telah tahu.Di rumah mereka ini memerlukan kebebasan dan kebebasan memilih serta waktu untuk kepentingan peribadi dan pengalaman.
     Jenis keperibadian yang kedua ialah mencabar. Jenis keperibadian ini termasuklah kretiviti tetapi sering merasa bosan bagi kanak-kanak pintar. Mereka mempersoalkan sistem dipersekitaran mereka dan sering memberontak kerana kemampuan mereka tidak diketahui. Mereka ini memerlukan penerimaan dan pemahaman dari ibubapa. Mereka ini memerlukan contoh yang positif dari keluarga terutamanya tingkahlaku yang boleh mempertingkatkan potensi mereka.
      Jenis keperibadian ketiga adalah tersembunyi.Banyak kanak-kanak ini tidapat dikenalpasti ia sebagai berbakat kerana mereka tidak menonjol.Mereka seringkali menyembunyikan bakat mereka.Ini mungkin mereka berasa malu, oleh demikian sokongan dirumah adalah perlu dan mereka ini perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan mereka pada usia yang sama.
     

     

No comments:

Post a Comment