Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang stabil dari segi kebijaksanaan dan mempunyai kelayakan yang mencukupi dari segi pencapaian IQ Test untuk diiktiraf sebagai kanak-kanak berbakat.Bakat yang dimiliki oleh mereka yang pintar cerdas ini perlulah diperkembangkan supaya ianya tidak dipersia-siakan. Negara memerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaan ilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Islamic Widget

Monday, January 24, 2011

Ulasan Kecerdasan berganda

3.  Pautan  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Theory_of_multiple_intelligences


     Artikel ini membincangkan tentang teori kecerdasan berganda.Teori kecerdasan berganda telah dicadangkan oleh Howard Gardner (1983).Gardner berpendapat bahawa konsep kecerdasan tidak cukup menggambarkan lebih meluas kepelbagai kemampuan kognitif manusia. Ramai psikologi merasakan bahawa perbezaan konsep kecerdasan tidak disokong oleh bukti empirikal, tetapi ramai pendidik menyokong nilai praktikal dari pendekatan yang dicadangkan oleh teori.

     Gardner telah menyenaraikan lapan jenis dasar.Senarai asal Gardner adalah sebanyak 7 tetapi pada tahun 1999 beliau telah menambah 1 lagi iaitu kecerdasan naturalis.Pada tahun2009 Robert Slavin telah menyenaraikan 9 teori kecerdasan yang diterima pada masa kini, 9 teori kecerdasan tersebut ialah Spatial, linguistik, Logik-Matematik, Kinestetik, Muzikal,Interpersonal, Intrapersonal, Naturalis dan Eksistensial.

     Artikel ini juga membincangkan penggunaannya dalam pendidikan.Secara tradisional, sekolah lebih menekankan pembangunan kecerdasan logik dan kecerdasan linguistik.Ujian IQ juga lebih menumpukan pada kecerdasan logik dan linguistik juga.Ramai pendidik melihat teori itu sebagai pemgalaman mudah.Sesetengah mengatakan bahawa itu mensahkan apa yang mereka ketahui ; bahawa pelajar belajar dengan cara yang berbeza.Di samping itu ,James Traub dalam rencananya yang bertajuk The New Republic menyatakan sistem Gardner belum diterima oleh sebahagian besar ahli akademik dalam kecerdasan atau pengajaran.Penerapan teori kecerdasan berganda sangat luas dan bervariasi.Secara umumnya, mereka yang menyumbangkan teori berusaha keras untuk memberi peluang kepada pelajar mereka untuk menggunakan dan mengembangkan semua kecerdasan yang berbeza, bukan hanya sedikit di mana mereka secara semulajadinya cemerlang.Sekolah yang melaksanakan teori Gardner adalah New City School di St Louis yang telah menggunakan teori ini sejak 1988.Sekolah ini telah menguruskan empat persidangan dan setiap satunya telah menarik lebih 200 orang pendidik dari seluruh dunia dan dikatakan mereka berminat untuk melaksanakan teori itu di dalam kelas mereka.

     Salah satu kritik utama dari teori ini adalah kerana ia ad-hoc.Gardner tidak memperluaskan definisi dari kata kecerdasan melainkan ia menyangkal kewujudan kecerdasan sebagai kefahaman tradisional dan bukan menggunakan kata kecerdasan setiap kali orang lain menggunakan kata-kata seperti kemampuan.Amalan ini telah dikritik oleh Robert J.Stenberg(1983,1991) ,Eysenck(1994) dan Scar (1985).Anreas Demetriou menunjukkan bahawa teori-teori yang terlalu menekan autonomi domain adalah sebagai sederhana yang terlalu menekankan peranan kecerdasan umum dan mengabaikan domain.Dia bersetuju dengan Gardner bahawa memang ada domain kecerdasan yang relevan autonomi satu sama lain.Bahkan beberapa domain seperti kecerdasan verbal dikenal pasti oleh sebahagian besar dari penyelidik dalam bidang psikologi.

     Oleh sebab itu,berpendapat bahawa domain adalah sebah ekspresi sebahagian besar terhadap keadaan proses umum.Pada masa yang sama domain boleh berubah-ubah kerana perbezaan perlembagaan mereka tetapi juga perbezaan dalam keutamaan individu dan kecenderungan.

No comments:

Post a Comment