Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang stabil dari segi kebijaksanaan dan mempunyai kelayakan yang mencukupi dari segi pencapaian IQ Test untuk diiktiraf sebagai kanak-kanak berbakat.Bakat yang dimiliki oleh mereka yang pintar cerdas ini perlulah diperkembangkan supaya ianya tidak dipersia-siakan. Negara memerlukan khidmat serta sumbangan mereka dari segi perkembangan ilmu, penciptaan ilmu dan pembangunan ekonomi untuk mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Islamic Widget

Saturday, January 22, 2011

Darjah Kecerdasan (IQ)

4.   Pautan  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Intelligence_quotient

     Artikel ini memperkatakan tentang IQ.IQ adalah skor yang berasal dari salah satu daripada beberapa ujian standard yang berbeza yang direka untuk menilai kecerdasan.Istilah IQ berasal dari Jerman iaitu Intelligenz Quotient yang direka oleh psikologi Jerman Wlliam Stern sebagai satu cara yang dicadangkan untuk menguji kecerdasan kanak-kanak seperti yang dibangunkan oleh Alfred Binet dan Theodore Simon di awal abad 20.
     Dalam artikel ini juga banyak membincangkan dari aspek sejarah.Ini adalah seperti Psikometrik,Ujian Diagnostik Klinikal,Ujian kecerdasan, Semasa perang dunia: ujian skala besar,selepas perang dan pencapaian Inovasi Wesler.Dalam pengujian IQ sebenarnya kita memerlukan kebolehpercayaan ujian tersebut.Menurut ahli Psikometri umumnya mengganggap ujian IQ sebagai amat boleh dipercayai  dan pakar-pakar psikologi klinikal menggangap mereka sebagai mempunyai kesahihan mencukupi untuk tujuan klinikal.Ujian yang diambil seharusnya sama tidak kira diambil berapa banyak kali keputusannya tetap sama.
     Terdapat pelbagai ujian IQ yang menggunakan pelbagai kaedah.Beberapa ujian yang visual,ujian lisan, beberapa ujian lisan hanya memanfaatkan masalah-masalah taakulan abstrak dan beberapa ujian menumpukan pada aritmetik,gambaran ruang,bacaan,perbendaharaan kata,ingatan atau pengetahuan am.
      Dalam menentukan IQ ia banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan pengaruh genetik.Faktor persekitaran memainkan peranan dalam menentukan IQ.Perkembangan IQ kanak-kanak sangat berkait dengan pemakanan dan ini mempengaruhi kognitif mereka.Beberapa kajian di negara maju menunjukkan bahawa mewarisi keperibadian yang berkaitan dengan sifat menyebabkab kanak-kanak tidak dibesarkan dalam keluarga yang sama.Faktor persekitaran ibu semasa mengandung adalah mempengaruhi IQ janin.

No comments:

Post a Comment